Siapa pernah rasa, tika dengar tazkirah atau ceramah agama, kuliah maghrib ke subuh ke, tiba-tiba rasa macam sebak sangat. Kadang-kadang rasa macam nak mengalir air mata. Walaupun isi ceramah tidaklah sedih.
Hidayah datang menyapa tika kita mula mencarinya. Hati menampakkan wajahnya yang sebenar bila kata-kata agama dilantunkan padanya. Sedih dengan dosa dan noda.
Semakin buat dosa, hati menjadi semakin murung. Hakikat. Seolah-olah sedar, ia jadi rendah diri, jadi malu,
"Jika begini banyaklah dosaku, layakkah aku berdamping dengan-Mu?
- Muhammad Rusydi -
- NURUL IZZATI AHMAD -
tipu untuk katakan yang diri ini sempurna, tipu untuk katakan diri ini baik
TIPU
tapi, setiap detik, setiap saat. akan diri ini cuba untuk berubah
selagi punya waktu, selagi punya hayat, selagi punya nyawa
tak akan diri ini menyerah kalah dalam membaiki diri
doakan diri ini.
masukkan nama diri ini dalam doa
bimbing diri ini.
acap kali orang berkata
"kau hebat"
sehebat manalah diri ini ? hina sahaja.
kita semua sama.
mungkin pandai berbicara, tapi saat terjatuh, diri ini tergelincir juga
hulurkan tangan, sambutlah diri ini
kerana tiada kehebatan dalam diri ini. tiada kesempurnaan dalam diri ini
takut itu acap kali menyerang diri.
kerana manusia itu lemah.
diri ini juga lemah
perlahan-lahan akan diri ini cuba berubah (:
doakan.
bukan keputusan drastik yang mahu diri ini capai
tapi istiqamah yang jiwa ini perlukan
saat hendah berubah, sakitnya jiwa atas hasutan syaitan
peritnya.
perkara paling susah ?
tentulah perkara yang membabitkan hati dan perasaan
perasaan cemburu. perasaan iri hati
perasaan sayang terhadap mahram
dan
perasaan cinta terhadap mahram
perlahan-lahan diri ini membuang perkara keji dari hati
Alhamdulillah.
tiada lagi cemburu, tiada lagi perasaan iri
melainkan perasaan kasih dan sayang
ini semua hanya akan terjadi bila kita letakkan perasaan suka, cinta, kasih dan sayang kerana Allah
yakini Dia
kerana
ajal, maut, jodoh
semua sudah tertulis
jadi untuk apa perlu wujud rasa tidak senang
buang masa sahaja (:
terima kasih Ya Rabb
terima kasih wahai penjaga hati
terima kasih
selagi hayat ada, selagi itu akan diri ini cuba untuk menjadi lebih baik
doakan
kirimkan diri ini doa (:
agar kekal istiqamah
2 comments:
Sentiasa letak Allah di hati dalam segala hal.
Sentiasa dahulukan Allah di hati dalam setiap langkah.
Hiduplah untuk mencari redhanya. Semuanya pasti akan baik-baik :)
terima kasih (:
insyallah ! ^^Y
Post a Comment