Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Monday 27 October 2014

Bawa Aku Belayar


Acecececeh tajuk, kemain eh. Tajuk gempak tu nak kemana?

KE HATI AWAK?

HAHA :P Gurau gurau

Owh, ni nak cerita pasal unplanned dinner navy ni haa. Banyak betul "unplanned" yang terjadi sem ni. YE BANYAK BETUL ! -.- 

Alkisahnya begini, 

Irfan (kalau baca post sebelum ni, mesti kenal punya siapa jejaka ni) seorang navy, yakni seorang ikan. HAHA. Dah kenapa cakap macam Bryan ni -.-

Okay macam ni, Irfan ni seorang navy. Navy ni satu pertubuhan  dekat UMP, lebih kurang macam Suksis, Sispa, Air force dan sebagainya. Got it ? Navy ni nak buat dinner, kira macam nak appreciate ladies yang join navy ni. 

Tapi, navy boys ni kena bawak partner aka ladies yang bukan dari kalangan diorang (padan muka!). So, boys ni kena la cari partner. Maka dengan itu, Irfan menyeru dekat group whatsapp untuk 'meminjam' kami sang bunga yang free untuk teman dia. Kenapa kami ? Owh, Sebab dia tak ada girlfriend. TERKEJUT TAK ? Muka handsome (terpaksa tulis) tapi non-ado gf. Tapi itulah hakikatnya. 

"Eleh, mesti partner dengan Irfan la tu"
Eh, eh, mana ada. (: 

Memula tak nak ikut, sebab kami ada buat deal win-win situation tapi tak jadi (tak boleh cerita sini sebab panjang sangat) Tiba-tiba ada la makhluk ni minta tolong suruh jadi partner. Alahai. kesian pulak. Yelah kawan kan? Kalau ingat balik memang lawak la ayat Lutfi nak ajak teman dia. Nak tahu dia cakap apa?

"Zati, kau dah tahu kan kenapa aku call? Aku malu ni. Irfan dah terangkan kan ? Zati, aku malu ni."
'Aku taknak'

"Tak apa lah Zati, kau kan busy, Ye lah biar aku sorang-sorang."

*PERGI JE LAH!* tiba-tiba dengar suara kambing menjerit. Kenal sangat suara tu. Siapa lagi kalau bukan Irfan...Setelah penat fikir, hmm. Kesian pulak kalau Lutfi seorang tak ada partner. Teman je lah.

Janji pukul 5 tapi janji keling Irfan, pukul 6 baru siap -.- Dah la kena jalan kaki ke bus stop KK3 yang jauh GILA. Dengan hujan lagi. Dalam hati memang cakap "BOLEH BELAH". Gila apa nak jalan ke sana dengan pakai dress -.- Last sekali paksa Irfan angkut naik kereta. Ekekeke :P Gila demand kan ? Nasib la. HAHA, Minta maaf awak, saya malu sebenarnya.

Nak dijadikan cerita bas pulak hilang entah kemana, dah la orang  tengah puasa :'> Owh, haritu ada janji nak buka puasa dengan geng silat. Tapi TERPAKSA cancel sebab dinner ni. Minta maaf korang! Memula nak rahsiakan, cakap ada hal. Tetiba kantoi -.- HAHA Memang tak boleh lupa!  Semua dah terkejut, semua whatsapp. Awak semua, Zati kena culik dengan geng navy T^T Haha. Sekarang ni kalau ajak Zati makan tapi Zati tolak, mesti ayat ni yang keluar
"Ye lah, Zati mana makan dekat kedai. Zati makan dekat hotel je

Cis sungguh kan ? HAHAHA. Nak jugak orang turun makan dengan korang. Kalau tak turun, tak cukup ahli katanya :P 

Okay sambung. 
The best part is, eh kenapa leladies navy ni pakai seluar je ni. Iolls and a few girls  (partner) je yang pakai dress -.- Sumpah malu. Dah kenapa ni. Diorang tak bagi tahu pun kena pakai seluar. Cuma cakap tema je black and white. Tapi tak apa, kita follow je.

Owh, kami pergi base navy. Tepi laut! Tiba-tiba angan-angan nak naik cruise tengan tersayang pun muncul. HAHA

Lutfi cakap tak semua orang boleh masuk tempat ni. So, I think, I'm lucky enough untuk masuk dalam ni. 

Jujur Zati cakap, navy ni sangat menghormati ladies. Gentleman gitu. Tapi kalau awak gentle dengan semua orang, memang nak kena silat la jawabnya. Awak gentle dengan saya sudah la :P Agak janggal jugak memula tu, tapi lama-lama dapat biasakan diri dekat dinner tu (:

I enjoy myself. HIHI. Zati dapat sembang heart to heart dengan Ned (ex roomate). Dengan Ned, I bebas nak cakap everything. I MISS HER! Owh yea, Ned partner Irfan. Zati ada kenal a few ladies navy ni. Nice je mereka ni, terutamanya Leng leng. Kami siap sembang pasal kecantikan lagi. HAHA.

Ada jugak yang mengusik Lutfi " Jaga isteri kau bebaik, takut nanti kena kebas".  Jangan risau, Lutfi dah ada ehem dah pun. Orang yang cakap tu adalah orang yang sama calonkan Zati untuk queen prom. Dia siap paksa yang lain to vote me, HAMPEH PUNYA PERANGAI! Tapi sebab ni kan event for fun, I tak kisah pun. Memain je kan. 

Guess what, untuk sekian lamanya I tak dapat lucky draw, Malam tu, I DAPAT ! Ya Allah, walaupun hadiah simple, tapi I happy <:

*tears*

Apa-apa pun, I enjoy! 

OUR PICS! 












LUTFI


Jangan pertikai ketinggian -_____________-



Fav girl <:







Friday 24 October 2014

Tak Akan Hilang Melayu Di Dunia


Alhamdulillah, syukur. Semua sudah selesai.
JOGET SIKIT ! Hahahaaa :P

Dah lama kan Zati tak hupdate blog. Lamanya. Bersawang sudah blog ni. Busy tau sejak-sejak masuk sem baru ni. Ehem, Zati sudah jadi senior okay *flip hairs* Okay, tu sangat poyo. Alaa, tak kisah la, Dah masuk second year kot. Terasa tua pun ada jugak. Tapi nasib baik muka baby face (perasan

Banyak benda yang dah berlaku sebenarnya :'>

Sebenarnya post ni nak cerita pasal Dinner silat XD





Sebenarnya dari sem dua lagi dah plan nak buat dinner ni. Senior punya request, kite ikut je. Asalkan semua suka. Cerita kami pun bermula.

Nak cari hotel untuk buat dinner bukan sennag tau, Sampai ke Cherating kami cari hotel. Penatnya lahai. Mana nak study, mana nak jalankan tanggungjawab. Alhamdulillah. Hotel dekat Cherating dipilih. TIBA-TIBA, teeeeeeeeeeeeet, setelah berbincang dengan semua AJK, kami rasa macam tak berbaloi untuk ke sana. Memang cantik kawasan tu, tapi jauh, Tak apalah, mungkin bukan rezeki. Kami cari lagi hotel yang terdekat, kami pusing kuantan jelah. Satu hari kami pusing, Allah.. Penat. Kalau nak tahu, sampai ke Pekan sana kami menyesatkan diri, Waktu tu gap antara paper untuk final exam. Agak-agak, awak paham tak perasaan saya. Antara amanah dan tanggungjawab. Tapi tak pe, semua tu pengalaman (:

Masalah kedua? 

Mestilah masalah berkaitan proposal. Budak kecik noob ni manalah tahu apa-apa pasal paper work. Dekat 3-4 kali Zati buat. HAHA. Ye lah, Dunia dah maju, kami pakai online je. LAGILAH SAYA TAK RETI T^T.  Apapun, Alhamdulillah. Berjaya di-send. Maka cuti sem pun bermula, 

Masalah ketiga?

Awak pihak pengurusan, kenapa tengah hari pembentangan proposal tu, baru awak nak call saya ? SAYA ADA DEKAT KEDAH. Nasib baik da Syakir dengan Nazreen, dorang la yang tolong present. THANKYOU 

Masalah keempat?

Kenapa Rm75 ? Mahal sangat harga tu. Harga tu termasuk sekali goodie bags (yang semua akan dapat), hadiah cabutan bertuah, hadiah cikgu, hadiah king dan queen. makanan, kek untuk cikgu. kek untuk birthday bos dan lain-lain. Alhamdulillah semua boleh terima walau ada jugak bunyi-bunyi . Last-last semua cakap puas hati dengan bayaran tu. Nasib korang baik tau sebab Am yang jadi bendahari, kalau Zati yang jadi... HAHAHAHHAHA :P

Masalah kelima?

Kami tak dapat bas T^T. Encik/Cik JHEPA, mana aci awak buat macam ni dekat kami. TAK ADIL tau! Kami mohon bas dah lama tau !! Sampai hati. Boleh pulak awak cakap event kami ni dalam category yang ketiga. Tapi awak patut inform kami awal-awal tau, bukannya SEHARI sebelum event. Tak kira nanti semua duit minyak kami claim ! :P


Untuk awak semua, saya minta maaf atas khilaf saya, keganasan saya, ter-marah, ter-merajuk., ter-garang saya dan ter-nakal saya. Saya minta maaf. Untuk yang pujuk saya dengan ice-cream. THANKYOU. Untuk yang pujuk saya bawak pergi tenangkan diri.THANKYOU. Untuk awak yang selalu ada dengan saya (sebab kita satu rumah) THANKYOU. Untuk awak yang lap air mata saya. SAYA SAYANG AWAK ! 

Untuk Syakir,selaku pengarah. Saya minta maaf sebab saya tegas
Untuk Ikhwan, selalu pembantu saya, terima kasih bagi pinjam phone kalau tak, tak adalah ucapan saya.
Untuk Nazreen, selaku AJK tempat/hotel. Terima kasih sebab selalu tenangkan saya.
Untuk Syaqira, selaku penyambut tetamu, terima kasih sebab sabar dengan saya.
Untuk Am, selaku bendahari, saya minta maaf sebab paksa awak kutip duit.
Untuk Ummi, selaku penyambut tetamu II, terima kasih sebab layan kerenah saya.
Untuk Kula, selaku AJK hadiah, terima kasih untuk nasihat awak.
Untuk Muiz, selaku MC, terima kasih sebab jadi MC 
Untuk Fikri, selaku AJK protokol, susahkan nak jadi AJK ? Belajar ye. Minta maaf sebab saya garang :P


Untuk Anis, TERIMA KASIH UNTUK SEMUANYA. Saya sayang awak.

Untuk semua AJK, SAYA SAYANG KALIAN.

Terima kasih alumni
Terima kasih seniors
Terima kasih kawan-kawan
Terima kasih adik beradik ber-6 saya (:

Dalam suka duka kita ni, banyak yang saya belajar. Belajar tu satu proses dalam kehidupan dan 'tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahat' . Tipu kalau saya katakan saya tak kena marah. Menangis tu adat, tapi bangun dan tetap melangkah itu perlu, Kerna, itu yang menjadikan kita kuat. 

Dalam suka duka, saya makin kenal Kak Nis, isteri cikgu. yang bestnya? Zati jadi kakak angkat untuk Ammara. Baby kecik tu. Alahai comel, suka sleep atas akak Zati yea (; Tapi sayang awak nak pindah next year pergi US. Nanti akak Zati rindu T^T. 

Dalam suka duka, saya kenal adk beradik saya. Saya kenal senior saya, Marah sayang katanya. Saya ingat kata-kata ni " Kalau sikit pun kau tak tahan, baik jangan hidup. Hidup ni penuh keperitan. Kau patut belajar untuk terus melangkah"
 
Dalam suka duka, mereka kembali pujuk saya. Sayangnya Naga Rantau. Kami bukan sahaja belajar menumbuk dan bertendang, tapi kami belajar apa itu ukhwah. Kami belajar mengenali Allah.

Jadi jangan tanya kenapa saya sayang silat saya (:

Lillahitaala, Saya sayang kalian kerana Allah.


Kak Nis (:


Kak Mino 


Pembantu saya


Abang Ipan (Alumni)


Sayang saya






KAMI (:





Nabil (President)


Tengok. ada orang jeles -.-


Baby Ammara saya :3


Kak Mira 


Kak Sue ( Alumni)


Siapa cakap pakai cantik-cantik, tak boleh buka langkah ? :P


Abang Luqman (Senior)


Nazreen. Partner MC



Nafi aku, Ghaiblah aku.