Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Monday 7 July 2014

Kerja Part Time 1

Lama rasanya tak menaip disini (:
ni nak bagitahu la ni !
ZATI KERJA PART TIME !

yeaaay 
for the first time in my life
semangat membuak-buak 
Nak dijadikan cerita 24/6/14.. Zati dan Sha pergi cari kerja. Sha ni kawan baik Zati, pernah je cerita pasal dia sebelum ni, cari lah !^^Y  *kalau rajin* ok. sambung... sehari suntuk kami cari kerja. Dari kedai kasut ke kedai baju ke kedai kain ke panggung wayang ke tempat bowling. Dipendekkan cerita, satu mall kami pusing cari kerja. HAHA.  Punya lah semangat nak cari kerja. Sebelum balik kami ternampak satu kedai baru bukak kira macam mall yang kecik la, kedai C-Mart. Malangnya, kami cari entrance kedai tu tak jumpa ! Dan kami tersesat ke kedai motor -.-' Tetiba Zati dengan gagahnya (ke gajah ? -..-') tanya ada tak kerja kosong. DAN!!! te ne ne ne.... Orang tu cakap kedai 'playwood' ada kerja kosong. Kedai 'PLAYWOOD' ? Kedai kayu ke ? Zati dengan Sha dah buat muka pelik. MasyAllah. Orang tu cakap kedai BLACKWOOD rupanya -..-' Baguslah dua-dua sound trouble 

Masuk kedai muka yakin gila. Tanya la ada kerja kosong atau tak. Lepas tu diaorang bagi borang. Tiba-tiba JENG JENG JENG, manager panggil interview on the spot ! GILA ! haha. Serius terkejut. Antara yang ditanya ialah 
Manager aka Billy
Billy: Siapa Nurul Izzati ?
Zati: Saya *NERVOUS petala ke-tujuh*
Billy: Pernah bekerja?
Zati: TAK. Ni first time.
Billy: Susahlah kalau tak pernah kerja.
Zati: Kalau saya tak dapat kerja ni, bila saya nak dapat pengalaman ? (:  *HAMEK KAU*
Billy: Bila nak start kerja?
Zati:  Next week
Billy: Ok. Esok boleh masuk kerja.
Zati : Seriously ! O:
Billy: Ya. Terima Kasih
Zati: *muka blur*
SERIOUSLY AKU DAPAT KERJA ?
Alhamdulillah, dapat bekerja (: 
untuk pertama kalinya dalam hidup
untuk mencari pengalaman
kerja apa?
WAITRESS (:

jangan bimbang. saya jaga diri saya. 
doakan saya (:
dan jugak sha :DD




  
SALAM RAMADHAN YA SEMUA ^^Y