Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Friday 12 August 2016

India ft Enactus UMP


Assalamualaikum semua !
 Aip aip apa khabar? Sihat ke idok tu ? Rindu tak dekat tuan tanah ni? HEHEHE

Okay, harini rasa nak bebel pasal India. 
Eh, Kenapa India ??

SEBAB I PERGI INDIA 



I tak pernah naik flight
I tak pernah pergi negara lain
I tak pernah ada passport 


Yeyyyy dah ada passport ~

Tapi I teringin sangat nak tengok negara orang, teringin nak rasa makanan negara lain, nak tengok culture orang lain macam mana, teringin sangat nak tengok environment negara orang macam mana. Tapi, dengan izin Allah, I dapat peluang tu. Alhamdulillah.

Macam mana I boleh pergi ? 
Ni nak cerita la ni. Sabarjap :P

I pergi sana atas tiket kelab. Kelab apa ? Kelab Enactus la chuols. Kalau nak cerita macam mana Enactus ni ubah hidup I 360 memang sampai lusa pun tak habis.  HAHAHA. Apa apa pun, I bersyukur sangat dapat masuk Enactus. Adik adik yang baca post ni, PERGI JOIN ENACTUS Insyallah macam macam dapat belajar. 

So move on dekat cerita India.
Bukan senang nak kesana, I pun memang dah hampir give up. Ye lah, jam di dinding terus berdetak ahhh :P
Tapi sponsornya non adoo T^T 
Serabut masa tu Allah je tahu. Dalam hati meronta ronta nak pergi. Doa, Usaha. Tawakal
Sekelip mata 40K dalam tangan sebab I dapat sponsor heheheeheheh
so?
INDIA HANG TUNGGU CHEQ MAI



Kami kesana selama 6 hari kalau tak silap. Macam macam tempat kami pergi. Segala penat lelah kira macam berbaloi la. Sebelum pergi tu tak larat nak gaduh maki merajuk menangis. Ingat senang ke nak handle program luar negara? 
BUT I NAILED IT! 

Alah, tapi kalau bukan dari tunjuk ajar dan kerjasama dari kesayangan kesayangan I, tak kemana jugak program ni... Im so blessed having them as my teammates and my family :>
EH TAK TAHU NAK CERITA APA, SEBAB BANYAK SANGAT NAK CERITA.

Nanpak tak masalah I kat sini. Rasa macam nak cerita pasal semua tempat yang I pergi, tempat makan, even toilet pun I rasa nak cerita dekat sini. Ye lah, I jakun sikit and obviously suasana kat sana lain. Ye dok ?

Tapi takpe, meh I cerita pasal environment kat sana. Sebab I rasa tu lagi penting untuk korang tahu. I buat post ilmiah ni. Please baca and bangga dengan I. I pun tengah bangga sebab I sembang ilmiah. 

*krik *krik *krik

Kami patut bergerak (orang panggi bergerak ke ?) dari KLIA patutnya pukul 6 petang. Punyalah I exited nak naik kapal terbang. Masa nak berlepas tu boleh pulak I sesat dengan staff Pusat Kesihatan (Pku) ni. Adoyai, dah la I tak tahu selok belok KLIA. Dari jauh I nampak Wan jeling je HAHAHA. Gila takut waktu tu. Yelah, sekali Wan marah, bergegar otak I :P

Oleh sebab I and VP I (Wan Afifah aka Baby) tak pernah naik airplane, kami lah manusia paling exited dekat situ. Kalau boleh taknak berkelip langsung. Sebenarnya dalam hati I, I takut. Takut airplane kena hijack ke kena tembak ke. Yelah, kan ade satu airplane hilang, satu kena bom. SIAPA TAK TAKUT. Kan? I naik MAS, lagi la I takut. Seminggu sebelum nak naik airplane tu kami selalu berseloroh. 

"Kau rasa kita hidup lagi tak lepas ni?'
"Kalau kita mati kena bom masuk syurga ke neraka ek ?"
"Aku harap kita tak mati dekat dasar laut"
"Kalau kena bom, kau masuk neraka sebab kau banyak dosa"

Ini lah ayat ayat yang selalu kiteoramg sebut. HAHAHA. Main main soal mati. Nak dijadikan cerita, MAS yang kiteorang naik tu ROSAK. Boleh bayangkan tak persaaan kiteorang masa tu. 

"Wei, Aku takut la MAS ni. Boleh pulak dia rosak. Boleh ke tak ni?"

Mula mula tu ada announcement nak kena tukar airplane, alih alih tak jadi. Merempatlah kami dalam airplane tu dengan panasnya tak selesa dan lain lain. 2 jam kot kami mereput dalam tu. Apa lagi. bersepah la selfie I sementara nak tunggu semua settle. Pukul 8 macam tu baru kiteorang berlepas ke udara. Phewwwww.


Dah bosan sangat dah waktu ni ~

Allah tu baik. 
Kenapa I cakap macam tu ? Sebab I teringin nak duduk tepi tingkap nak tengok sayap. It is a must la untuk newbie macam I. Nak jugak fefeling amik gambar sayap kapal terbang. Ye dok ? Malangnya seat I dekat tengah. I dah sedih dah waktu tu sebab tak boleh duduk tepi tingkap :(



Allah tu baik. 
Tiba tiba ada satu pasangan ni minta tukar tempat duduk dengan I sebab baby dia tak selesa. I pun okay je sebab kesian dekat baby tu. Alih alih I dapat tahu seat dorang dekat tepi tingkap. Nak menangis I dekat situ. Allah baik kan ? :)

Maka bermulalah perjalanan kami.


Muka exited dua orang ni ~

Tak, ia tak semudah disangka. KAPAL TERBANG KAMI LANGGAR AWAN HUJAN. Nak tahu tak apa rasa dia ? Rasa macam naik ROLLER COASTER. Hahahahah I suka gila masa ni. Wan Afifah punya muka dah pucat dah. En Ramddan kat depan tu asyik pusing dekat I. Dia cakap dia pening nak muntah. I bantai la ketawa kaw kaw punya. Tadi kemain usik I segala. HAHAHA. Puas hati I dapat kenakan dia. I bagi dia asam yang I beli supaya dia okay sikit. Alhamdulillah dia okay. 

Bila airplane dah okay, Wan dari deck belakang datang dekat I. Dia cakap dia okay je masa flight tu bergegar tapi bila Syazwan asyik bertahmid, mengucap segala... dia pun naik takut. Dia pun mengucap sekali... hahahaah. okay la kan. Kalau terhempas sempat dia mengucap. Banyak dosa pun dia tu. I ketawa je lah. Seronok tengok sekeliling. Yang lain nervous, dah la tadi airplane rosak, langgar awan pulak tu. Nasib baik hidup lagi. 


Wan yang tak reti duduk diam ._.

 
*to be continued*