Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Sunday 16 June 2013

Projek melahirkan insan yang yang hebat : Taqyuddin Al Jundiy

Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lama rasanya tangan ini tidak menulis. Maka di harapkan penulisan ini mampu di fahami dengan baik oleh sahabat-sahabat. Alhamdulillah 3 minggu yang lepas saya berpeluang dan di izinkan untuk menjadi fesi di kolej mara kulim. Kolej yang memberi 1001 kenangan buat diri ini. Benarlah, akhir pembelajaran adalah kembali pada tempat mula belajar. Maka sekali lagi saya mula belajar di sana. Tempoh seminggu di sana banyak memberikan kenangan manis kepada saya.

Saya sampai ke matrik kulim pada hari isnin (malam). Selepas turun, terus ke surau untuk sesi perkenalan fesi. Dan biasalah. Oleh kerana saya kelihatan agak tua, mungkin adik-adik fesi menganggap saya staf di sana. Ataupun menganggap saya pelajar. Namun pertama kali datang, hanya beberapa wajah yang dapat saya cam. Yang paling jelas pastilah faizol, budak sekelas saya ketika pernah menjadi pelajar di kmku. Pada malam itu saya tidak banyak bercakap, cuma aturan pertama hanyalah senyum ketika bertemu fesi.

Pada hari kedua, barulah program berjalan. Dan perjalanan tak nampak lancar. Pelik bin ajaib. Jarang tidak selancar ini. Maka barulah saya tahu, rupanya kekurangan yang besar iaitu ajko kali ini tiada cikgu yang memantau secara terus. Jika ada sekalipun maka ianya bersifat on off. Ada kebaikannya faizol menjadi ketua di sana. Maka ada banyak perkara yang di uruskan dengan lebih baik. Namun di situ saya melihat pembelajaran berlaku. Bagaimana fesi-fesi belajar dari 0 menjadi lebih hebat. Itu yang specialnya fesi ketika itu. Namun special lain tetap tidak hilang. Fesi-fesi yang bersemangat, komitmen tinggi dll.. Superb.. itu yang boleh saya katakan di akhir program. Tapi tidak di awalnya.

A thousand step come from the first step

Itu satu proverb yang saya hafal ketika sekolah rendah. Tak mudah menghafalnya. Untuk menghafalnya memerlukan buku di buang, kerana lupa dll. Tapi itu yang saya belajar dalam bab penghayatannya ketika di program ini. Langkah pertama mereka mungkin condong, tempang, namun tetap berakhir dengan baik. Tempangnya langkah pertama mereka sehingga menyebabkan semua fesi di panggil oleh cikgu fauzi (cikgu math saya) serta cikgu aminahtun. Suatu kejadian yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Dan saya juga antara yang di panggil. Lalu malam pertama fesi mereka menjadi slot muhasabah buat mereka. Adatlah postmoterm tempat muhasabah, namun melihat mata adik2 yang menahan nangis, menyebabkan saya rasa kasihan. Namun pada hari seterusnya langkah mereka sudah mula bertapak. Aizat yang bersemangat meneruskan semangatnya, mohammad yang setia pada makanan bagi memastikan fesi dan adik2 kenyang, anas yang sentiasa dengan senyuman dan loghat utaranya, dan adik2 lain. Saya mula mengenali satu persatu dalam kmku.

Melihat telatah adik-adik hanya membuatku tersenyum. Izzat seorang yang di katakan gila mike, tapi fungsi gila mikenya luntur sedikit kerana melihat aizat yang lebih kedepan dalam gila mikenya. Akhirnya izzat hanya mengambil sedikit slot. Saya pula, tak tahu ingin mencelah di mana. Jadi, hanya menunggu jika ada yang memerlukan bantuan sambil melihat telatah adik-adik. Pada sebelah malamnya, mereka sedikit di raikan. Postmoterm yang stress sudah mula menjadi sedikit lembut. Lihat keceriaan di muka adik2 fesi. Bertambah seronok dengan kehadiran sahabat dari umk yang sedikit kecoh. Menghilangkan terus suasana suram.

Adat fesi, pastinya letih seharian bersama dengan adik-adik baru. Begitulah yang berlaku pada naim. Adik kecil yang agak lucu telatahnya.Mana mungkin tak lucu, bayangkanlah pada malam itu juga dia di berikan kerja untuk membuat video. Video pertama yang di buat, hasilnya tidak memberangsangkan. Namun apa yang dia buat, dia berselindung di sebalik katil sahabat dan tertidur. Melihat dia nyenyak, saya membantu untuk membuat video tersebut. Namun sepastinya hasilnya hancur. Mana mungkin orang yang jarang membuat video boleh membuat video yang bak.

Akhirnya video yang di buat tidak di gunakan. Mungkin orang lain merasakan saya pasti bersedih namun tak. Sebenarnya saya bersyukur. Bayangkanlah kalau video di tayangkan lalu ditanya, "saper yang buat video yang tak best ni". Uish. Agak sedih di situ. Jadi, saya berbangga video yang saya buat tak di keluarkan. Pada hari tersebut juga saya mendapat tahu kematian seorang senior saya, hafizuddin mat hanafiah yang accident di melaka. Sungguh, kematian itu satu perkara yang tak di jangka. Saya sempat berjumpa dengan allahyarham seminggu sebelum itu. Mengingati kehebatan beliau, ketegasan beliau, dan gelak tawa beliau menyebabkan mata tidak mampu menahan air mata. Saya hanya mampu mengadap ladtop. Bertanya sahabat tentang peristiwa sebenar. Dan yang paling saya kesalkan saya tidak mampu menghantar jenazah arwah. Namun sepastinya ramai lagi sahabat-sahabat beliau juga menyesali kelemahan ini. Sungguh kami ini lemah. Hanya mampu memberikan doa. Itupun saya hanya mampu sebutkan setelah hari akhir program. Apabila melihat adik2 melakonkan adegan kematian, lantas hati ini sayu.

Pada hari ketiga, iaitu hari rabu, semua perjalanan berlaku dengan baik. Teramat baik. Semua fesi mula menjalankan tugasnya. Dan ketika itu saya mula di lantik menjadi biro displin. Tapi dengan syarat, jangan buat keras-keras. Arahan yang paling tak logik dalam dunia yang saya pernah dapat. Biro displin tapi jangan keras-keras. Maka menyesuaikan dengan kaedah semasa, saya mula bermain dengan adik. Awalnya hanya permainan untuk menyegarkan minda. Dengan cheers yang berbagai. Ada cheers yang bersifat warisan dan ada juga yang baru. Ada satu slot bersama cikgu pawadi, (yang kini menjadi guru kanan koko. Suatu ketika dahulu cikgu fizik saya), dia menyebut mengenai trademark. Maka saya terfikir, elok juga sekiranya kita memperkenalkan trademark kepada adik-adik. Lalu akhirnya saya mengeluarkan trademark baru yang namanya,

"Kolej Mara Kulim, kita tidak menghasilkan pelajar yang hebat, kita menghasilkan Insan yang hebat."

Satu trademark yang dah lama saya nak perkenalkan. Apa taknya. Jika sesiapa yang melihat prestasi pelajar-pelajar kolej Mara Kulim, pastinya tidak akan menyanggahi apa yang saya lontarkan. Kami di bina di Kulim. Mungkin itu ayat yang akan di guna. Akhirnya saya di berikan slot, dan setiap slot saya tak lama, cuma ianya berturutan. Boleh kata beberapa kali setiap hari. Dan apa yang saya lakukan tak banyak, hanya sedikit cakap, dan menyebut trademark itu. Dan hasilnya, superb.. Para peserta atau pelajar baru dapat mengambilnya dan memahaminya dengan penuh semangat. Mengingatkan saya pada trademark MUSMA, sabar dalam muafakat, fight for our right. 

Hari keempat, iaitu hari khamis, majlis penutupan sesi orentasi KMKU, penutupan yang tak tutup. Semua fesi berusaha keras dalam menyiapkan montaj untuk penutupan. Dan di situ saya melihat kredibiliti kepimpinan syahir. Bagi saya antara yang paling menonjol bakat dalam adik-adik adalah dia. Namun yang lain tetap jua terserlah. Boleh kata, I'm with all the leader of tomorrow. Hebat-hebat kesemuanya. Dan pada ketika itu kami sedang berhempas pulas untuk menyiap video dan slide untuk bacaan cikgu sebagai simbolik penutupan. Maka saya serahkan sesi pembuatan video kepada dua adik comel saya, naim dan danial. Namun hasilnya, amat mengejutkan saya, sehingga bercampur perasaan dan akhirnya merasakan inilah jenaka yang paling hebat dalam sesi ni. Bayangkanlah, di dalam video yang di keluarkan, kesemua gambar yang ada adalah gelap. Sehingga tidak nampak wajah sorg pun dalam video tersebut melainkan 3 gambar. Dan ketiga-tiganya adalah milik saya. Adesh.. Nampak aura mencapab di situ. Sekalipun bukan salahku, pasti ramai yang salah sangka selepas ni. 

Namun akhirnya ia menjadi satu lawak jenaka. Kiranya ada slot publisiti murahan skit yang saya dapat. Memang saya mendapat banyak adik yang nakal di sana. Pada sebelah malamnya, slot kerohanian pula berlangsung. Kami di pecahkan kepada dua kelompok. Satu di ketuai oleh saya bersama hafizi, danial, dayini dan munirah. Satu lg di ketuai oleh anas dan sahabat-sahabat lain. Bersama dengan hafizi memang menyeronokkan. Dialah antara biro kerohanian yang kuat ke surau. Sedangkan saya, tak dapat bersama untuk banyak masa kerana solat jamak. Lalu saya memulakan majlis, kemudian di ikuti oleh ucapan hafizi, danial, dayini. Tergamam. Kesemuanya hebat. Memang sah, kolej mara kulim menghasilkan insan yang hebat. Antara yang hebat dalam ucapan adalah danial. Namun dia masih lagi mencari sesuatu untuk menguatkan kehebatan itu. Teruskan mencari adikku. Hafizi pula, dia pandai dalam melontarkan pandangan. Dan dia menceritakan kisahnya, biro kerohanian dari prd. Dan di ikuti kisah dayini. Dayini punya slot, seperti kuliah fiqh wanita. hehehe.
Namun di situ adik-adik menonjolkan bakat baru dalam pengucapan awam. Merindui dan menanti kata-kata dari izzat di pentas ucapan. Pastinya akan jadi lebih hebat jika dia yang berucap. Pada malam sebelum hari terakhir, sedikit jamuan di buat. Sekalipun saya yang mencadangkan agar di buat jamuan, namun oleh kerana tidak berapa sihat, maka saya tak dapat join makan-makan tu. Habis duit saya yang di belanja oleh beberapa adik perempuan di sana. Bukan masaalah mengurat, cumanya ketika saya keluarkan dompet, baru terperasan duit hanya tinggal seringgit dan hanya budak perempuan jer yang ada dalam HQ time tu. Jadi, terpaksalah mem'pau'kan duit mereka. 

Hari terakhir semakin menarik dengan kehadiran sahabat saya, syukran yang juga ydp ukm. 1 jam masa yang di berikan untuk slot mppnya terasa bagaikan seminit. Adik-adik terhibur dengannya. Namun dalam masa yang sama satu berita mengejutkan sampai. Ayah kepada azmi, seorang fesi kmku telah meninggal. Cuba untuk tidak menangis, azmi datang kepada saya dengan tenang dan memberitahu hajatnya ingin pulang. Namun bila di tanya mengapa, terus perasaan tangisan itu meluncur dari hatinya. "Ayah saya meninggal". Dapat ku bayangkan betapa sedih hatinya ketika itu. Jika hanya kerana seorang sahabat aku mampu menangis, inikan pula ayah. Setelah menghantar azmi ke tempat motor, dan syukran telah habis berucap kerana masa yang di berikan sudah tamat, maka saya mengkhabarkan berita itu kepada semua pelajar.

Setelah tamatnya proses, maka peserta di bahagikan kepada 2 kumpulan. Ada yang bermain explorace dan ada yang terpaksa membuat persembahan. Maka teruslah program. Dan malam persembahan merupakan malam yang cukup hebat buat saya. Ramai yang melakonkan adegan kematian. Sehingga teringat kata-kata sahabat, "melayu ni, kalau cta sedih ja mati, mati ja cta sedih. Tak dak len ka." Rasanya masyarakat kita kena pandai membuat filem sedih berunsurkan baru rasanya. Namun ada satu kisah yang betul2 mencengkam jiwa saya. Cerita ini di adaptasikan oleh izzat, seorang pelajar kmku. 

Beginilah kisahnya

Ceritanya berkaitan sekumpulan pelajar yang cukup degil. Tak ada cikgu yang mampu bertahan dengan kelas tersebut. Akhirnya datang seorang cikgu lelaki. Apa yang cikgu tu buat, dia berjumpa dengan pelajar kelas terbabit lantas di menyebut "Insan yang hebat". (rasanya dia cuba gambarkan guru tadi memberi motivasi kepada pelajar tersebut) Setiap malam guru tersebut berdoa agar anak didiknya menjadi baik. Sampailah mereka semua sudah menjadi hebat, maka guru tersebut di ambil nyawanya. Lantas menangislah semua anak didiknya. 

Habis lakonan, pelakon td berjumpa dengan saya, dan menyatakan cter itu di tujukan pada saya. Ya Allah.. Begitu hebat apa yang ia gambarkan terhadap orang yang kerdil ini. Terasa seolah diri ini terlalu di pandang tinggi. Bukan dengan perasaan berbangga, namun dengan perasaan menyedari, layakkah aku di pandang sedemikian rupa. Kerdil diri ini. Satu manusia yang hampir  baik pun menjadi jahat kerana aku, apatah lg mengubah satu kelas. Solat malamnya menangis kerana inginkan mereka berubah. Terima kasih kerana menaruh kepercayaan begitu terhadap insan yang tak seberapa ini. Insyaallah, suatu masa nanti orang ini akan menjadi seperti insan yang di ceritakan itu. 

Dan akhirnya masa perpisahan tiba. Lalu aku melihat satu2 wajah fesi. Bimbang sekiranya ada yang terlupa namanya, biarlah wajahnya yang kita ingati.  Segala gelak ketawa , suka duka dalam menjadi pelaksan AJKO kali ini, saya akan ingati. Dan juga segala kesilapan saya mohon maaf, terutama kepada NIA yang kena marah, (ajk ldk muslimat yang saya lupa namanya) minta maaf juga kerana minta duduk dalam HQ pantau semua sedangkan dia nak join sekali bermain dengan adik-adik, Milo, sbb igt muka tp tak ingat kenangan yang ada, :), imran, sebab masa awal dia datang tak berapa tegur (tengah fokus adik-adik, tiba2 dia datang tya ada super senior x, mmg x jawab la jawabnya. sbb saya masih muda. :p) anas, mohammad sebab asyik kena marah dan gurau-gurau, zakwan sebab asyik kena marah kes tak teratur kerja dalam menguruskan ldk ( yang banyak marah tu abg faizol ea, :p) sarah sebab buat masaalah time conduct ldk dengan dia, aizat sbb lewat uruskan utk slot riadah, naim sbb dia byk buat salah dulu, tu yang kena tu, danial, sebab tak mampu jadi fesi untuk anda kerana anda memang sudah hebat dan lain2 sebab saya lupa nama dan banyak sangat nak tulis. terima kasih atas kenangan bersama kita.

Abang insan yang hebat

Sunday 9 June 2013

tiada kerje ^^Y


hye...
nice to meet u (:
well, stuck at home without doing anything do make me bored !
so, i took this opportunity to edit my old pic.. haha
ENJOY ! ^^Y  



*do wild thing and you gonna feel AWESOME !


*never  forget to put a piece of smile :D


*bitter and hard.. its normal.. its LIFE


*as time past, you cant repeat the time 


*i wish u were here.  sit next to me :(


*even the day is hard to you, just never forget to enjoy 


I AM NOOB !

till then,, good bye ^^Y


*photo addicted person*

Thursday 6 June 2013

MPPB kolej mara kulim 2013/2014 (fasilitator)

alhamdullilah alhamdullilah alhamdullilah
Syukur, syukur, syukur..
sume suda tamat
 
*nampak ta muke bahagia I??

first thing first is....
aku nak kenalkan para fasilitator kat u ollzs ~
ni wajib la kenalkan
penat dorang urus kanak-kanak riang.. 
HAHA
btw, post kali ni maybe paaaaaaaaaaaaaaanjang, so harap  bersabar yea :D
*ni abang apek


*ni fadhilah


*ni naim


*ni abang taqy


*akak manis >.<


*ni athira


*ni famirul


*geng UMK (aku tak ._.)


*makan time !!



macam-macam pengalaman aku dapat
aku sampai ke kolej lambat sikit, petang ahad gitu
malamnya ade meeting kat dewan teratai..
so aku pon diminta untuk memperkenalkan diri yang sedia ada FEMES ni
(okey itu perasan)

lot of thing happen 
blackout >.<
dom terkunci (lucky we got Anas :D )
hantar mek T 
cari topup tengah malam bute
meet junior from KUPSIS
meet superb trio boys (:
met HIM <3
conduct a LDK  group 
met SUPER SENIOR ^^
tido lewat ( 2 jam :O )
mata bengkak cam panda 
pujuk pak cik Muslim, so that we can have camera ._.

well, lot of thing to told.
kalau aku tak datang rugi rasanya (:
bak kata orang 
TAK KENAL MAKA TAK CINTA 
maka aku dengan sangat berbangga ngan MPPB 2013/2014
walaupun banyak benda kena diperbaiki, i enjoy it

ye la, 
setiap hari ade post mortem kowt
i repeat, EVERY SINGLE DAY okeh
but, sonok la dengar sorang-sorang cakap bout their probs
end of discussion we made a conclusion to make thing better for the next day

*menguap. PENAT nih !


*tengok muka azmi >,<


*mane aku ? ce cari 


*menunggu ucapan -.-


*dua-dua serabai .. HAHA


*gegurl

one day ni,
kiteorang baru habis meeting.. 
dalam pukul 3.30 pagi lebey kurang
dengan berat kaki, kami pon pulang ke dom
oleh sebab aku ade hal,
aku pon balik lewat
nak tido la kunun
sekali terkunci daaa~
tepon pakcik guard, cikgu ilman..
at the end, cikgu suruh tido surau (:
first time tu ,,
walaupun penat hati tetap bersyukur sebab dulu memang teringin sangat nak tido dalam surau
alhamdullilah, Allah makbulkan doa . SYUKUR !
pagi-pagi tu lepas subuh
aku mintak tolong mad 
yang herannya, orang lain yang datang
hero kita iaitu ANAS and FIZI!!!
Anas yang tolong sepak pintu sampai pecah... HUYOOO
terkezut aku, badan kering. tapi PERGHH !
last-last
MATA AKU BENGKAK TERUK 
*dorang gelak kat mate aku. jahat betol*


NEXT
kali ni kes blackout
kes ni AMATLAH famous
haha
kenape?
sebab...
sebab sume fasi gegurl tak turun subuh kat bawah,,
haha.. memang lawak habis lah (:
bangun tido aku dapat 6 miskol.. 
memang haru.. !!
memang jad history la..
pastu ape lagi
sume ke kutuk lah 
sampai ke hari ni.. isu blackout memang LEGEND !

EXPLORACE
time ni best 
sebab?



sume kene attack :P
including la aku
ngan sape ? ngan jae suk ni lah
HABIS BASAH TUDUNG AKU
ade 8 check point x silap aku..
BANYAK !
memang seronok habis la (:
sebelum tu kami kena test dulu game2 ni






*takut tak?

MALAM PERSEMBAHAN
owh, malam tu aku tak tengok langsung persembahan
ni gara-gara kena buat video -.-
aku start from 8 pm sampai 12 am..
dengan masalah teknikal lagi
memang rasa cam ank nanges la..
tapi alhamdulillah.
sume selesai
and feedback pon positive
kiranya tak sia-sia aku tak tengok persembahan


*ni la assistant aku ^^

MAKAN TIME 












ape-ape pon banyak pengalaman yang aku dapat (:
MAY ALLAH EASE EVERYTHING  !
:D










THE END :)