Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Sunday 25 August 2013

Jika kau mahu berniqab




Jika kau mahu berniqab...
Berniqab bukanlah kerana trend terkini.
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim.
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yang lain.

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat.


Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu.
Niqabkan jiwamu dulu.
Niqabkan lidahmu dulu.
Niqabkan langkahmu dulu.
Kerana yang terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus.
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat.

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah Taala
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya kerana Allah.
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah.
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu.
Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam.

Usahlah kau mendongak wajah ke langit.
Belum tentu yang berniqab itu beriman.
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu,
sebelum kau niqabkan wajahmu.
Istiqamah bukan hanya sekadar kata.
Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik
untuk ditaip di facebook, twitter, myspace, wechat dan skype.
Tetapi ia perlulah dari jiwa yang tulus mulus demi Allah SWT.
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu.

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu...
berhimpun manusia menunggu jelek kita.
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu.
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan untuk dipersendakan.
Berilmulah sebelum beramal.
Kerana yang menderita adalah golongan niqabis
yang berjuang berhabis-habisan