Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Tuesday 13 May 2014

Dari Gambang ke Seremban


"Even kau selalu cium mak ayah masa diorang hidup, bila diorang takde, rasa masih tak puas semua yg kau buat tu. Bayangkan yg jarang buat tu?"

Setelah sekian lama menyepi izinkan diri ini bercerita (:


mohon sedekahkan al-fatihah untuk encik diatas,  ayah kepada buah hati saya, Anis Fatin Nabilah Abdul Latif.

Ingat ini, setiap yang hidup pasti akan merasa mati

   Apa yang terjadi ni membuatkan Zati teringat kenangan lama, di mana ayah terpaksa melalukan pembedahan tulang belakang dan chances untuk sembuh dan sihat tanpa komplikasi adalah sangat sedikit. Allah, hati anak mana yang tak luka bila doktor cakap peluang untuk ayah hidup adalah 50-50.

   Waktu pembedahan dilakukan, Zati hanya mampu tersenyum dan ketawa. Bukan sebab seronok, tapi cuba untuk sembunyikan resah dihati. Sebak dan sedih tu hanya Allah je yang tahu. Apa yang ada dikepala ialah, "Zati, jangan menangis, kalau kau menangis, ibu pun akan menangis, so kau kene kuat ! ".  Hari tu abang marah sangat, dia pelik kenapa Zati macam tak sedih padahal ayah dalam keadaan macam tu, ye la siap tawaf bangunan hospital lagi. Dia tak tahu yang Zati cuba sedaya upaya untuk tak menangis. 

   Setelah hampir separuh hari menunggu, pembedahan pun tamat. Allah, takutnya untuk tahu kondisi ayah. Dengan izin Allah, pembedahann ayah selamat tanpa sebarang komplikasi dan doktor cakap ni adalah miracle yang amat jarang sekali berlaku. Setelah tahu kondisi ayah, Zati terus peluk ibu kuat-kuat menangis tak henti. Allah, hanya Dia yang mengetahui apa yang dihati. Bersyukur sangat, SANGAT !

   Maka, kerana itu diri ni tak sanggup melihat ayah orang lain sakit. Kerana diri ni seakan merasakan benda yang sama. Sakit sangat. 


Anis Fatin Nabilah.

Kau kuat, aku lemah. Aku rasa ada hikmah kenapa kita berkawan. Allah hadirkan kau dalam hidup aku untuk mengajar aku. Terima kasih.

Aku tak pernah tengok orang sekuat kau. Saat aku jumpa kau di hospital, aku yang menangis dan kau yang pujuk. Cengengnya aku. Minta maaf ya. 

Kau tahu kenapa aku sedihkan ? Sebab aku tahu kau sedih tapi kau simpan dalam hati. Itu yang membuatkan aku bertambah sayu, perit dan pedih.

Mana mampu aku lihat imbasan aku sedih. Mana mampu aku biarkan menangis seorang diri. Sebab aku sayangkan kau, aku sanggup pergi Seremban. 

Aku tak nak kau sedih seorang diri. Sekuat mana pun perempuan. Dia tetap lemah. Tapi jangan risau, aku akan sentiasa ada untuk kau walau kau tak minta. 

ANIS, KAU HEBAT. KAU KUAT


-Perjalanan dari Gambang ke Seremban-

   Sesungguhnya perjalanan ini tidak dirancang. Berpaksikan hati, ingin saja pergi naik bas ke sana, tapi dihalang tegas oleh encik Irfan (buah hati kedua selepas Anis) . Akhirnya kami menyambil kata sepakat untuk pergi melawat Anis naik kereta. Masa tu tak fikir apa dah yang penting dapat jumpa Anis. Lepas report kat Wadi (rumet Anis aka wadot comot) dia pun nak teman Zati ke sana, wakil rumet dan untuk teman Zati. 

   Alhamdulillah, perjalanan lancar sekali. Ibu pun bagi green light sebab dia percayakan Irfan. Kami bergerak dari Gambang pada pukul 2.30 petang dan sampai disana masa maghrib. Sampai je sana, terus peluk Anis. Berusaha untuk tak menangis. Haha. Sepanjang perjalanan kami berbual. Taknak bagi mengantuk alasannya.

   Sampai di hospital, kami dilarang masuk, jadi kami hanya berbual diluar hospital. Sesungguhnya, hiba hati ni dengar cerita dari Anis. Air mata ni asyik mengalir. Cengengnya !


   Pukul sebelas kami pun nak balik, tapi Zati larang. Zati tahu Irfan penat drive jejauh. Irfan, saya minta maaf sebab susahkan awak. Irfan degil nak balik gambang, ayah Zati tak kasi dia balik terus. Jadi kami bagi pilihan samada tidur dirumah Anis, rehat di RnR atau balik ke rumah Irfan di Rawang. Irfan degil nak balik jugak. Penat tau pujuk dia. DEGIL ! Zati risaukan awak itu je. Awak penatkan ? Lagipun petang tu awak cakap nak balik rumah. Terus terang, memang Zati kecewa sebab Irfan tanak rehat. Lepas Zati diam (ok merajuk :P ) Awak singgah jugak kat rumah awak kan. Kat Rawang tu kan ? 

   Dah dekat nak sampai, awak sempat usik saya kan ? Allah segannya nak pergi rumah awak. Saya mana pernah tidur rumah orang. Alhamdulillah, mama sambut kami dengan baik. Banyak cerita yang mama ceritakan. Tak sangka kita banyak persamaan -.- Terima kasih mama Irfan yang cantik dan baik. TERIMA KASIH.

  Keesokan harinya kami gerak dari Rawang ke Gambang. Tepat pukul 1.15 kita sampaikan, waktu tu azan berkumandang (: Alhamdulillah selamat semuanya.  Awak terima kasih ! (:


Muhammad Irfan Izham

Untuk orang yang paling saya sayang, TERIMA KASIH

terima kasih sebab sanggup teman saya ke seremban untuk tengok kawan baik kita.

terima kasih sebab sanggup layan saya berbual kosong dalam kereta walaupun awak penat.

terima kasih sebab sanggup berkawan dengan saya yang banyak celanya.

terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya,

terima kasih untuk semuanya.



-CUBIT PEHA KANAN, PEHA KIRI TURUT TERASA-


Tak banyak yang diharapkan, cuma diriku berharap agar cinta kita berkekalan hingga ke syurga bersama-sama.


sesungguhnya aku mencintai kalian kerana Allah


No comments: