Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Sunday, 2 February 2014

Selangkah Ke Alam Pendekar UMP

PENDEKAR ?
yeaaaapp! that's me. ngee
alhamdulillah . da selamat grading.. 
dari bengkung hitam ke bengkung putih
SAPE TAK SERONOK OIII !  
*wink wink*
apa-apa pun zati nak ingatkan bahawa post ni mungkin amat pangjang dan mengandungi gambo-gambo aksi terlarang. kekeke ~

  
TADA ~

ok... ape ape pon mari kite kenalkan barisan orang yang berkuasa kat kem nun ! 
hehe

pertama sekali. jeng jeng jeng.. 
ni lah cikgu kiteorang :DD
cikgu ni muda lagi. hensem pulak tu. kalau korang bayangkan yang cikgu kiteorang tua... memang silap :P

Cikgu Saiful Hakim



kenalkan.. Abang Afiq selaku pengarah projek (:

*gambar curi*


Apis si kem komandan yang garang tahap dewa :')

*yang KIRI*


Abang Luqman selaku ketua segala ketua yang comel (orang yang cakap bukan zati :P )



penghulu yang tak berapa kelihatan seperti penghulu : Ikey San



penghuluwati korang yang comel *perahsantan kuasa mega :D

*yang depan tu , yang depan tu *

so the story will begin ~

Kami bertolak hari jumaat 17/1/14 dalam pukul 3.30 petang, camtu la. Tunggu dekat sejam jugak la sebelum bas bergerak. hmmm. geram pun ada. sabar je la. muka memang exited la masa tu. tapi tak sempat snap gambar. ye la over exited. nak pergi kem la katakan. dah la Zati ni stok-stok kaki camping, jungle tracking. hee~

Sampai kat Teluk Gorek pahang dalam pukul 8 malam kot. Sebelum sampai ke sana, ada la berhenti solat kejap. Masa solat tu first time jumpa kanak-kanak dari UMP Pekan :') takut titew. muke diorang garang. dalam hati da berbisik "bole kamcing ke ni ? muka garang TT.TT "

Sesampai sana, Apis si komandan ajet-ajet garang suruh volunteer untuk penghuluwati dan penghulu. Den tengok kiri kanan. Akak-akak senior senyum-senyum kawan-kawan dari gambang pon da senyum-senyum ke arah den. "macam tak selamat je" bisik dalam hati. "Zati la jadi penghuluwati" Ahhh.. sudah, dah agak da benda ni akan terjadi berdasarkan muka-muka jahat + comel diaorang tu. Lalu dengan muka bajet though beta pon ke depan. Padahal dalam hati dup dap dup dap macam nak tercabut jantung ni. Penghulu tak de lagi, so diaorang kene tekan tubi. PADAN MUKA kekeke~  akhirnya si Ikey San tu yang jadi partner ai :')

Malam tu, junior-junior dikehendaki untuk solat isyak terlebih dahulu dan senior-senior ditugaskan untuk mendirikan khemah. Lepas solat , kiteorang rotate la tugas tu. Ade yang memasak. Tapi memang kagum la khemah tu berdiri dengan megahnya :')
THUMBS UP



Malam tu jugak lepas solat isyak, cikgu ajar kiteorang manzil. jeng jeng jeng. Pastu diteruskan dengan upacara mandi Perlimau Tapak untuk lelaki dan mandi Perlimau Seni untuk gegirl (: 
kalau lelaki nak main senjata macam keris ke parang ke ape-ape je jenis senjata, diaorang kene mandi perlimau seni. Hehe. Special kan gegirl, jadi hargailah diri anda kerana DIRIMU BEGITU BERHARGA :')
*iklan kejap*

kejap benda-benda yang kiteorang buat ni tak ada kaitan dengan benda-benda khurafat okey ! 
clean and clear (: insyallah 
siapa yang berani kata kiteorang ni ada ilmu hitam ke apa ke memang silap besar la.
terajang nak ? terajang laju-laju  *muka ganas* HAHA


*manzil*


*bunga oh bunga*


le boys


le girls. ce cari dimanakah Zati. hehe

setelah selesai tazkirah, manzil dan upacara mandi-mandi ni, (bukan mandi kat situ, mandi kat toilet la =.=' ) kami pun dibenarkan untuk makan. Makan lewat malam, dalam pukul 12 tengah malam macam tu la. Rosak diet eden :')  *awak tu diet ke Zati oii ? =.=' 
menunya simple je, nasi berlaukkan telur bersama sardin yang dimasak dengan penuh kasih sayang dari senior :') entah kenapa rasa seronok sangat. mungkin sebab Zati tak sabar nak bertapa kot .
BERTAPA ?

Subuh keesokan harinya, kami diminta untuk tunggu di surau sehingga pagi sebab pagi tu nak grading dah :')
sementara nak menunggu pagi mencerah, cikgu bagi tazkirah. Memang superb la, kenapa superb ? Sebab dalam keadaan mamai pun dengar macam power je tazkirah cikgu, cuba bayangkan kalau tak mamai . heee
kite kene marah dengan en komandan kite sebab kite dengar-dengar ayam tazkirah tu. haha

MARI WARMING UP !!





lalu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang termasuk tuan empunya belog ni :')
memang exited habis la.  Ye la first time grading la katakan. Dari hitam mahu memakai bengkung putih. Sesi memberi nama pun bermula. Mula-mula ingat kena grading dengan orang lain maksudnya bukan partner kite la. Tapi syukur, kali ni bole grading ikut partner. Heheehehhe. Barulah selesa nak belasah orang :')
Seperti biasa, nama Zati akan jadi pencetus untuk segalanya. Nama first untuk grading, seperti biasa. Asyik nama ni je naik .  "Takpe-takpe number satu ke number dua ke, kene grading jugak" bisik dalam hati.  Bismillahirohmanirohim 


haaa. daftar. jangan tak daftar

maka dengan rasminya, acara grading pun bermula. Macam zati, kiteorang ni yang belt hitam kene buat asas gerakan, 7 gerakan anak harimau, elakan, combat, kunci mati dan pentas. Alhamdullilah semua berjalan lancar. Syukur, walaupun ade terlupa satu step dan terpaksa repeat. Sedih jugak la sebab kene repeat step kalau tak clean je even SATU kali je terlupa.  Nasib baik jugak akak Sue tu baik. HEHE . Waktu tu nak terkeluar jantung. Mihmihmih :'> 




ni nak cerita ni. hehe.. kalau nak tahu, dalam banyak-banyak benda masa grading.. semua orang menantikan saat-saat sparing. SPARING ? macam ni. untuk belt hitam. korang akan dibelasah oleh 2 orang. MUAHAHAHAHA
macam Zati, Zati kene belasah dengan 2 orang senior yang superb ahh.. tergolek-golek Zati dibelasah :') senior tu wakil U kot. giler kentang ! haha
at one point tu rasa macam jantung berhenti. mungkin sebab terkejut kot. Lepas kak Mira panggil baru la sedar ke alam nyata. Masa tu tak fikir apa dah. Cuma buat yang terbaik. Kalau tak balas Zati yang kena, baik balas betul-betul. Kekeke~ 

Dalam ramai-ramai calon tu Zati and partner je kene sparing dengan senior, yang lain kiteorang yang sebaya ni sparing sesama sendiri . INI TIDAK ADIL. uhuk :P alaa.. tapi tak kisah la janji dapat peluang rasa kene belasah. mihmihmih :'> the best part is, orang lain sparing sekali. Zati sparing 4 kali. Yela DIPAKSA untuk sparing orang lain. Ni semua gara-gara akak senior tersayang terutamanya kak Pinat. tapi tak pe, Zati sayang semua senior. heee.  dah la kami geng-geng Gambang kene ugut. Kalau tak lulus kene denda bila balik Gambang. perghhh cuak betul. Tapi ni pun untuk kebaikan kami jugak. Zati and partner memang all out lah ! 
Nasib baik buah pentas kiteorang amik sampai habis. kalau ikutkan kiteorang amik tujuh je. heee. Kalau tak amik semua. tak tahu la apa jadi. kami je the only pair yang buat buah pentas sampai habis + kunci mati. BANGGA  *kenyit mata *

Petang tu pulak, kami semua srikandi diminta untuk belajar buah cindai. Cindai ni untuk perempuan sahaja. hehe. Lelaki CANNOT! Oleh sebab keesokan harinya kami kene khatam cindai maka dengan bersungguhlah kami berlatih. 



Malam tu keputusan grading diberi tahu. ALHAMDULILLAH lulus (:
partner pulak dapat highest marks. hee. Zati dapat second highest marks. Lelaki highest mark dari Pekan so, zati tak tahu la nama apa. hee. Kalau ingat balik memang lawak sebab masa cikgu umum nama tu cikgu sebut nama sape tah -.-' dah la orang tengah fokus merawat pesakit. Kak Iklima lebam-lebam kaki, so kite pun picit2 la. heee. Lepas tu semua dibenarkan berehat memandangkan kami akan bertapa pukul 2 pagi.
TAK SABARNYA. 

Balik ke khemah, cuba tidur. Tapi tak bole, kak Iklima buat lawak seposen pulak. hehe. Memang enjoy je. Kak Iklima tu garang okey. haha. Nanti kite post pasal Kak Iklima ye (:
Oh yeee. macam mana tidur nak tenang asyik-asyik orang datang cari kite. (terlupa yang diri sendiri penghuluwati ) kem komandan pening je layan kite ni. hehe. sorry Apis . maaf! 

Tepat jam 2 kot, kiteorang pun bertolak ke tempat pertapaan. hehehe
Bukan baca jampi ke ape ek. Duduk situ untuk muhasabah diri, duduk untuk berzikir sepanjang masa.
Tapi Zati ni kan budak baik.. sampai je tempat sana .. pup. terus tido. teruk betul diri ni. Bukan sengaja, tapi kite penat :< sorry cikgu. Tapi saya tak tido mati , sebab saya dengar cikgu amik gambar saya -.-
Dan nasib baiklah sepanjang bertapa tu mata kami ditutup dengan kain merah. Kalau tak silap cikgu campak kami kat tepi-tepi laut kot sebab bole rasa + dengar bunyi air. Apa yang Zati rasa + dengat  masa bertapa ? Biarlah rahsia (: 






rileks je encik ni tido -.-




kene rasuk kot . HAHA .kene buli je :P

Kami pulang ke khemah selepas subuh. Sampai khemah semua tido. Penat ooo.
Aktiviti hari terakhir ialah khatam cindai. Keistimewaan cindai ni adalah, kita belajar buah di darat tapi khatam di dalam air. RARE kan ? 
Sementara nak tunggu khatam tu kami pun berlatih . Memula je berlatih. Lepas selfie la. Awal lagi waktu tu, yang lain semua tengah tido. kui kui



partner tersayang 






































petang tu acara khatam cindai pun dilakukan
mari kita pergiii ! keistimewaan buah cindai ni adalah. kita belajar didarat tapi khatamnya di dalam air
ni hanya khusus untuk srikandi. BOYS CANNOT :P

inspection . nak pastikan takde orang tertinggal 





KHATAM CINDAI






Acara khatam cindai ni berlansung dengan jayanya. Zati yang mengigil-gigil kebekuan tetap seronok. Heee. *muka exited*
selesai je aktiviti ni semua diminta pulang ke khemah untuk mengemas segala kelengkapan. NAK BALIK DAH :') akhirnya. setelah 3 hari 2 malam di sana, kami akan pulang jua. Penat tu memang penat la tapi yang paling penting adalah pengalaman yang diperoleh sepanjang kem ni berlansung.
~ YOU CANT BUY EXPERIENCE, YOU HAVE TO GAIN IT ~


owh, waktu nak balik tu, ade la dengar-dengar cerita yang senior-senior suke kite time kite sparing :')
dorang cakap Zati nampak GANAS. huwaaaaa.. "gangster da datang, tahniah Zati  lulus grading" Abang Luqman dan Syahin panggil kite gangster TT.TT 
"lepas ni takde orang berani kacau awak Nia" antara ayat-ayat yang disebut-sebut. 
takpe-takpe, nanti Zati jentik sorang-sorang. Alhamdulillah jugak, akak Pinat and Kak Mira ajak Zati join silat olahraga. MEMANG NAK MASUK PUN. Tapi  ni makin kembang bila diajak oleh senior-senior yang berpengalaman. :') TERHARU 

siapa je sangka budak kecik ni yang bersilat macam menari ni bole grading dengan cemerlang ?
siape je sangka yang budak ni semakin berdiplin lepas join silat ?
siapa je sangka yang budak ni makin ramai kawan ?
siapa je sangka budak ni semakin berkeyakinan ?
siapa sangka budak cengeng ni semakin tabah ?
siapa sangka ?

saat hampir tergelincir dari silat, hadirnya insan yang menasihati
saat hampir terjatuh, hadirnya insan yang memaut lengan ini
saat hampir berlalu, wujudnya insan yang menasihati
kerana apa ?

kerana kami saling menyayangi antara satu sama lain
keluarga besar kami
keluarga gayung (:

2 comments:

Nur Syahiba Haseena said...

oooo~tak de pun gambar kiteee :(
hehehe.. joke :P

zati AHMAD said...

ni random pic je. hehe.. maaf ye.. next post insyallah ade :DD