
minggu peperiksaan
aku lemah 
sangat lemah
banyak dugaan dan cabaran
makin aku cuba, makin banyak dugaan 
"kakak, cuba cerita dekat ibu"
ibu macam tahu-tahu je anak dia ni sedang pendam sesuatu
dan.
semua telah diluah.
mana mungkin air mata ini dapat ditahan
mengalir deras persis air sungai tanpa henti
tapi. tangis dalam diam
"sudahlah kakak, luahkan semua. Ibu dengar"
jujur
terlalu banyak yang dipendam 
terlalu banyak disimpan
aku malu
akhirnya aku tewas
tewas dengan perasaan 
tewas dengan mainan hati dan perasaan
terlalu banyak yang mahu dicerita hingga tak terluah
makanya, hati dan perasaan luka sendiri
"kakak, lupakan semua"
kerana tersepit antara persahabatan dan perasaan
aku pendamkan
mungkin dah tiba masanya 
untuk aku menjaga hati aku tersendiri
kerana menjaga hati kalian 
hati aku terluka 
aku sayang kau
aku sayang kita
aku sayang semua
'kau datang dan kau pergi'
aku dah penat
jangan buat aku macam ni
aku tak kuat
aku tak sanggup 
semoga kau berbahagia (:
JANGAN CARI AKU 
 
 
 


 
No comments:
Post a Comment