Nurul Izzati Ahmad. Tidaklah aku jatuh cinta melainkan kerana agama yang ada pada dirimu (:

Friday, 12 August 2016

India ft Enactus UMP


Assalamualaikum semua !
 Aip aip apa khabar? Sihat ke idok tu ? Rindu tak dekat tuan tanah ni? HEHEHE

Okay, harini rasa nak bebel pasal India. 
Eh, Kenapa India ??

SEBAB I PERGI INDIA 



I tak pernah naik flight
I tak pernah pergi negara lain
I tak pernah ada passport 


Yeyyyy dah ada passport ~

Tapi I teringin sangat nak tengok negara orang, teringin nak rasa makanan negara lain, nak tengok culture orang lain macam mana, teringin sangat nak tengok environment negara orang macam mana. Tapi, dengan izin Allah, I dapat peluang tu. Alhamdulillah.

Macam mana I boleh pergi ? 
Ni nak cerita la ni. Sabarjap :P

I pergi sana atas tiket kelab. Kelab apa ? Kelab Enactus la chuols. Kalau nak cerita macam mana Enactus ni ubah hidup I 360 memang sampai lusa pun tak habis.  HAHAHA. Apa apa pun, I bersyukur sangat dapat masuk Enactus. Adik adik yang baca post ni, PERGI JOIN ENACTUS Insyallah macam macam dapat belajar. 

So move on dekat cerita India.
Bukan senang nak kesana, I pun memang dah hampir give up. Ye lah, jam di dinding terus berdetak ahhh :P
Tapi sponsornya non adoo T^T 
Serabut masa tu Allah je tahu. Dalam hati meronta ronta nak pergi. Doa, Usaha. Tawakal
Sekelip mata 40K dalam tangan sebab I dapat sponsor heheheeheheh
so?
INDIA HANG TUNGGU CHEQ MAI



Kami kesana selama 6 hari kalau tak silap. Macam macam tempat kami pergi. Segala penat lelah kira macam berbaloi la. Sebelum pergi tu tak larat nak gaduh maki merajuk menangis. Ingat senang ke nak handle program luar negara? 
BUT I NAILED IT! 

Alah, tapi kalau bukan dari tunjuk ajar dan kerjasama dari kesayangan kesayangan I, tak kemana jugak program ni... Im so blessed having them as my teammates and my family :>
EH TAK TAHU NAK CERITA APA, SEBAB BANYAK SANGAT NAK CERITA.

Nanpak tak masalah I kat sini. Rasa macam nak cerita pasal semua tempat yang I pergi, tempat makan, even toilet pun I rasa nak cerita dekat sini. Ye lah, I jakun sikit and obviously suasana kat sana lain. Ye dok ?

Tapi takpe, meh I cerita pasal environment kat sana. Sebab I rasa tu lagi penting untuk korang tahu. I buat post ilmiah ni. Please baca and bangga dengan I. I pun tengah bangga sebab I sembang ilmiah. 

*krik *krik *krik

Kami patut bergerak (orang panggi bergerak ke ?) dari KLIA patutnya pukul 6 petang. Punyalah I exited nak naik kapal terbang. Masa nak berlepas tu boleh pulak I sesat dengan staff Pusat Kesihatan (Pku) ni. Adoyai, dah la I tak tahu selok belok KLIA. Dari jauh I nampak Wan jeling je HAHAHA. Gila takut waktu tu. Yelah, sekali Wan marah, bergegar otak I :P

Oleh sebab I and VP I (Wan Afifah aka Baby) tak pernah naik airplane, kami lah manusia paling exited dekat situ. Kalau boleh taknak berkelip langsung. Sebenarnya dalam hati I, I takut. Takut airplane kena hijack ke kena tembak ke. Yelah, kan ade satu airplane hilang, satu kena bom. SIAPA TAK TAKUT. Kan? I naik MAS, lagi la I takut. Seminggu sebelum nak naik airplane tu kami selalu berseloroh. 

"Kau rasa kita hidup lagi tak lepas ni?'
"Kalau kita mati kena bom masuk syurga ke neraka ek ?"
"Aku harap kita tak mati dekat dasar laut"
"Kalau kena bom, kau masuk neraka sebab kau banyak dosa"

Ini lah ayat ayat yang selalu kiteoramg sebut. HAHAHA. Main main soal mati. Nak dijadikan cerita, MAS yang kiteorang naik tu ROSAK. Boleh bayangkan tak persaaan kiteorang masa tu. 

"Wei, Aku takut la MAS ni. Boleh pulak dia rosak. Boleh ke tak ni?"

Mula mula tu ada announcement nak kena tukar airplane, alih alih tak jadi. Merempatlah kami dalam airplane tu dengan panasnya tak selesa dan lain lain. 2 jam kot kami mereput dalam tu. Apa lagi. bersepah la selfie I sementara nak tunggu semua settle. Pukul 8 macam tu baru kiteorang berlepas ke udara. Phewwwww.


Dah bosan sangat dah waktu ni ~

Allah tu baik. 
Kenapa I cakap macam tu ? Sebab I teringin nak duduk tepi tingkap nak tengok sayap. It is a must la untuk newbie macam I. Nak jugak fefeling amik gambar sayap kapal terbang. Ye dok ? Malangnya seat I dekat tengah. I dah sedih dah waktu tu sebab tak boleh duduk tepi tingkap :(



Allah tu baik. 
Tiba tiba ada satu pasangan ni minta tukar tempat duduk dengan I sebab baby dia tak selesa. I pun okay je sebab kesian dekat baby tu. Alih alih I dapat tahu seat dorang dekat tepi tingkap. Nak menangis I dekat situ. Allah baik kan ? :)

Maka bermulalah perjalanan kami.


Muka exited dua orang ni ~

Tak, ia tak semudah disangka. KAPAL TERBANG KAMI LANGGAR AWAN HUJAN. Nak tahu tak apa rasa dia ? Rasa macam naik ROLLER COASTER. Hahahahah I suka gila masa ni. Wan Afifah punya muka dah pucat dah. En Ramddan kat depan tu asyik pusing dekat I. Dia cakap dia pening nak muntah. I bantai la ketawa kaw kaw punya. Tadi kemain usik I segala. HAHAHA. Puas hati I dapat kenakan dia. I bagi dia asam yang I beli supaya dia okay sikit. Alhamdulillah dia okay. 

Bila airplane dah okay, Wan dari deck belakang datang dekat I. Dia cakap dia okay je masa flight tu bergegar tapi bila Syazwan asyik bertahmid, mengucap segala... dia pun naik takut. Dia pun mengucap sekali... hahahaah. okay la kan. Kalau terhempas sempat dia mengucap. Banyak dosa pun dia tu. I ketawa je lah. Seronok tengok sekeliling. Yang lain nervous, dah la tadi airplane rosak, langgar awan pulak tu. Nasib baik hidup lagi. 


Wan yang tak reti duduk diam ._.

 
*to be continued*




Friday, 21 August 2015

Kena Culik Ke Mahkamah ?



Eh siapa culik Zati ?
HAHAHAA
Sebenarnya kena culik dengan bff Zati, jangan terkejut okay baca nama dia.
My bff namanya ialaaaah
JENG JENG JENG

NOOR RAHIMAH BINTI AHMAD
Haaa, yes! Betul tu anak anak, nama ayah kiteorang memang sama. 

Okay, disebabkan korang tak kenal siapa Rahimah ni, meh nak cerita.


Pada suatu hari, cecece, 
Zati dapat masuk sekolah cluster which is SMK Sultan Badlishah.
Disebabkan hamba ini lone ranger (sebab kawan lain masuk sekolah lain)
Maka tercampaklah beta seorang diri dekat kelas 1A9
Jangan pelik dengan nama kelas kami. As pengetua pernah cakap " Nama kelas ini bukan lambang kedudukan kelas kerana disini kita semua sama. Semua cemerlang"

Okay sambung, masa rehat first day tu I jalan sesorang ke canteen tetiba I nampak satu girl ni patah balik ke kelas sesorang and I asked her kenapa.
DIA BOLEH LUPA NAK BAWAK DUIT PERGI BELI MAKANAN -.-

K.
Sejak tu la kiteorang kawan, Sejak first day kelas sampai sekarang.
Kalau dekat sekolah dorang panggil kiteorang belangkas -.-
Ek eleh betul nama, Tak glamour lansung -..-


Nak tengok tak gambar kiteorang masa form 1and form 3?
Tapi please jangan ketawa.
Janji ea? :'>




HAHAHAHAH
K
BURUK GILA 
I KEN KERAI.


HAHAHAHAHA, BURUK GILA SELEKEH
Biar je lah, tak kisah sebab sekarang pun macam selekeh.
Puberty tak pernah hit I kot, HAHAHA

Eh tak caye ? K awak kena tengok gambar I bawah japgi 



SEE ! HAHAH JANGAN KETAWA, aip aip. 


Okay sambung cerita.

My honey ni amik course law so dia kena pergi practical dekat  Mahkamah Majistrate Bukit Mertajam,
Oleh sebab sekarang musim raya, mahkamah tu pun nak buat open house kekonon.
So, Rahimah ni pun ajak la I ikut dia siap paksa paksa.
The best part is dia umpan I dengan ayat ni...
"Zati, datang tau, nanti ada banyak lawyer, Mana tau kot boleh jadi bakal suami"

Ade ke patut umpan dengan ayat tu. Kemon la. Kemon.
Tapi I pergi je dia cakap dia rindu I.
Maklumlah dah dua tahun tak  jumpa.

So, petang jumaat tu dia amik I dekat rumah.
Kalau nak keluar dengan Zati ingat senang ke haa ?
Kena minta izin Ibu ayah lepas tu kena amik dan hantar ke rumah on time,

Jadi Rahimah pun amik I dekat rumah.
Naik apa? Naik kereta?
NO. I NAIK MOTO
Hello Zati ni bukan memilih asyik nak keluar naik kereta je,
I tak kisah pun naik apa walaupun muka I ni nampak berlagak.. Tapi I baik tau T^T 
Tahu tak I naik moto dari rumah ke rumah dia take time lebih kurang 45 mins. 
Boleh bayangkan tak kebas montot I cemanaa? 
HAHAHAHAH,, Maaf la tak senonoh sikit.
Ni kalau mak mertua I baca ni, dia reject I terus, HAHAHAH

Malam tu jugak around 8.30 pm kiteorang gerak ke mahkamah.
First time Rahimah pakai make up.
Tu  pun sebab I paksa HAHAHAH

Kiteorang pergi mahkamah naik moto kot.
Dengan flower band atas kepala dan berbaju kurung. Kau hadoo ? HAHHA
Entah kenapa rasa gigih gila nak naik moto. 
Ayah Rahimah dah meninggal. Takde siapa pun nak hantar, 
 

Sampai je sana terus I betulkan baju.
Terus I curi sate :P
Lepas tu makan ice kacang, kek, strawberry, daging kambing.
Macam banyak je I makan kan?

NO! Semua tu I makan secubit je. 
Lepas tu I buat majlis tu majlis I. Sesuka hati je nak g mana.
Alah, bukan orang kenal pun.
I kenal few abang ang akak..
See, sebab tu I suka jalan jalan. I kan peramah orangnya.

Tahu tak, sehelai penguam pun tak de -..-
Hancur berkecai musnah pelamin impian Rahimah nak tackle lawyer. 
HAHHAHAH
Yang bersepah cuma majistrate. 

Kiteorang balik dalam pukul 10.30 pm macam tu.
Before balik sempat lagi singgah minum dekat dekat.
Buat sesi luahan perasaan sikit *masa ni tengah kecewa LOL*



AMARAN KERAS : JANGAN TIRU AKSI INI 






Budak budak ni seronok betul. Asyik nak amik gambar. Tak caye ? Tunggu jap :P








Budak kecik ni siap rampas phone I lagi T^T 


I look shooo fat like fatty acid kan ? ''ling selalu cakap I mok :( Sebab tu I mok -.-



Esoknya, pagi pagi weolls pusing kawasan rumah Rahimah,
Kawasan tu ada bendang sawah padi. 
Tak sempat snap la pulak :P

Sebelum I balik rumah, kami pusing pusing satu mahkamah :>




Acah acah je nak masuk padahal kunci -,-





Ingat janji kita by age of 35 kita nak buka kedai kek and soon bukak hotel.
Study rajin rajin lawyer sayang, 
Even tak setiap hari dapat jumpa hang tetap dalam hati aku :>

Susah senang selama aku kenal hang, kita hadap sama sama.
Masa aku menangis sebab ayah aku sakit. Hang ada. 
Masa aku menangis sebab family aku susah, Hang ada,
Masa aku down gila sebab study aku kelaut masa form 1. Hang ada, 
Masa aku suka dekat seseorang. Hang ada.

Jadi, jangan risau, Aku akan sentiasa ada untuk hang, untuk support.
Hang cakap dekat aku yang aku ni soul sister hang kan?
Hang tau tak masa tu aku speechless.
Aku tak tau nak react macam mana. Antara terkejut dan happy. 
Hang cakap aku bff hang yang memang tak akan ada rahsia kan? Memang pun -.-

Jangan lupa tau apa yang kita pernah buat,, Nakal apa yang kita buat, 
Jangan lupa yang kita suka ponteng kelas sebab ank tolong cikgu.
Jangan lupa yang seiap kali periksa tu ada kalah menang dan akulah yang selalu menang tu
Jangan lupa yang kita pernah bawak phone curi curi 
Jangan lupa pasal perfume aku 
Jangan lupa semua


Aku sayang hang. Dunia akhirat,

Kadang kadang aku tak tau nak express macam mana yang aku sayang hang, 
Aku boleh tulis macam ni jaa, 
Tapi aku tau hang tak baca sebab aku mana bagitau orang aku buat blog. 
HAHAHAHA


Jumpa tahun depan sayang, 
Semoga dapat kawen lawyer jugak ye, 
Semoga aku dapat kawen penjaga aku yang annoying tu :P









Saturday, 7 March 2015

Bukit Panorama Kuantan


Hi. Lamanya tak menaip. 
Hehe.
Okay, harini nak cerita pasal aktiviti yang Zati buat bila kelas batal.
CUBA TEKA



DAKI BUKIT !
Pandai anak anak teka. HAHAHHAH
Bukit tu adalah bukit panorama. 
Jeng jeng jeng.

Sebenarnya tak rancang pun nak pergi sana memandangkan malam esok tu nak meeting.
Tapi sebab I teringin, I gagahkan juga untuk pergi. 
Ceit, ayat :P

Setelah berdiskusi dengan bebudak kelas,, kami pun mengambil kata sepakat untuk ke sana pukul 5 pagi. 
Yelah, perjalanan nak kesana dekat sejam dari UMP :">  Nak solat lagi. Nak panjat bukit tu lagi. Takut panas sebenarnya.

Jangan ingat kami pergi dengan senang ye anak anak. 
Encik Driver yang patut drive tak bangun sleep lagi. 

Masyallah ya habibi 

DIA TAK BANGUN LAGI PADAHAL DAH PUKUL 5 PAGI.
Cuba teka dia buat apa sehari sebelumnya?

DIA MAIN GAME GAIZZZ MAIN GAME DOTA
BERASAP HIDUNG I.

Dengan itu maka berjuta kali beta miscall dia, 
HAAA PADAN MUKA.

Sudahnya kami solat dekat masjid UMP dulu baru bergerak ke sana.
Kami sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi.

Phew, semput I nak daki bukit tu.
Irfan laju je daki bukit tu, mana tak nya.. dia kan navy. stamina banyak.
Stamina banyak pun bukan reti nak share :P
Btw, Ned pun apa kurangnya,,, phewww laju nau.
I pun laju jugak okay, I orang ke tiga sampai ke atas. *bangga*


Haaa, tu tangga.. tinggi kan ? Maafkan muka beta yang terlebih exited tu :'>

Setelah sejam kot mendaki (atau lebih), kami pun sampai ke puncak. 
Masyallah cantik oh ! 
Tak rugi naik atas berpeluh musyuk masyam semua. HAHA
Eh korang, pergi la daki sana. OHSEM BABY OHSEM :>



CANTIK KAN? :>















Cantik kan pemanndangan ?
Sejuk je hati ni, Bila dah sampai puncak, hilang segala penat disanubari.
Haaa giteww :P

Okay, jom tengok gambar kiteorang pulak :>
SEMESTINYA GAMBAR I YANG BANYAK. HAHA
Beratus ribu raban. Kekekeke ~







Hi, ni Kema :>


Hi, ni Ned :>


Hi, ni Zati :p






Hi, belakang tu driver yang nak kene belasah :P


Antara muka muka terawal sampai ke puncak ^^Y



NAMPAK TAK EXITEDNYA MUKA I ? 




Tak habis geram lagi. Sebenarnya Irfan tak perasan pun. HAHA



Haaa, best kan?
Jom tengok gambar kami lepas turun semula ke bawah.



Terima kasih
Irfan, Bryan, Ned, Tayu, Sarah Odie, Zatie, Aina, Kema dan Alin.
I HAPPY 


PENAT KE SAYANG ? KEKEKEE :P






Maafkan perangai beta yang nakal sikit ni. Hehe
Thanks guys for the great experience. 







Mekasih pak supir kesayangan hamba yang selalu ikut permintaan I yang baik ni :P




Dear future I, nanti kite pergi travel dunia ni sama sama okay :> 
Kalau you taknak ikut I, I seret you. 
HAHAHAHA